Festival of Sacrifice in Malaysia

Assalamualaikum and peace to everybody that notice and read this blog. This is my story. Memandangkan esok adalah salah satu hari kemenangan yang bakal disambut oleh seluruh umat Islam di Malaysia and some others country celebrated today, I wish Selamat Hari Raya Aidil Adha to all of you guys...

Sehari sebelum festival which is on 21st August

Okay, First of all....ini ialah kali pertama aku menulis blog and i try my best yer to make korang faham kalau tak faham lantaklah aku boleh buat apa.

As usual lah kan malam sebelum raya akan berkumandanglah azan-azan maghrib dan isyak ( haha of course lah kan tah pape lah dia nie ) Okay2 what i mean is takbir-takbir raya yang boleh kita dengar dari pembesar suara di surau or masjid berdekatan serta dari channel-channel di televisyen. Memang best lah kalau korang duduk rumah listening takbir plus hafal, barulah rasa semangat sikit kan nak sambut ceyhhh....

I have a few amalan-amalan sunat yang boleh kita lakukan di pagi hari raya korban

Let's check it out

1) Mandi sunat Aidiladha.
2) Pakai pakaian yang bersih and tak semestinya baju melayu yang penting sopan dan tutup aurat.
3) Memakai minyak wangi. Mestilah kena wangi kan baru jemaah-jemaah surau tak tekejut beruk bila kita berhampiran dengan mereka lagipun pergi ke rumah Allah mestilah kena wangi-wangi.
4) Sunat menjamah makan minum selepas pulang dari masjid or surau. Ingat tu.
5) Berjalan kaki ke masjid. Nasib baik surau dekat, kalau boleh ikut lah laluan yang berbeza ketika pergi dan pulang.
6) Bertakbir, tahmid dan tahlil.
7) Solat sunat dulu lepastu dengar khutbah yang penuh dengan penghayatan dan nasihat bukan main cabut je lepas solat..

Okay sekarang dah pukul 11.15 pm, jarang aku still berjaga selalunya sebelum pukul 11 aku dah lentok dah...ye lah kan brain and body also need a rest too after an exhausted day lagipun esok nk raya kan kena lah bangun awal nak tengok lembu lagi...tetibehhh

22nd August- Hari Raya Aidiladha

Actually malam sebelum hari kejadian, my father had already told me ," Esok solat start pukul 8.30 tau ".

As usual lah kan kita sebelum gerak ke surau kena lah siap mandi and pakai wangi-wangi takkanlah terus terjah. Lepas je siap semua tu aku pon bergerak dengan my younger brother ke surau. Kitorang bertakbir and tepat pukul 8.30 pagi solat sunat Aidiladha pon segera dimulakan.

Nota ( Saja share )
Rakaat 1 - 7 kali takbir dengan 6 kali selawat
Rakaat 2 - 5 kali takbir dengan 4 kali selawat

Kira ramai jugaklah kali ni orang dekat surau maybe dorang tak balik kampung kot. Yeahhh of course lembu, i forgot to tell you about them. Okay sebelah surau aku ialah taman permainan where diorang sembelih dekat situ jelah setiap tahun. Tak sure pulak ada berapa ekor maybe 4...5....6. Tahun ni tak ambik pon daging korban kat taman aku tu sebab lepas je solat terus gerak pegi rumah Mak Long aku. That's why gambo lembu pon takdo....

Okay aku kat rumah Mak Long aku sekejap je dalam sejam lebih pastu kitorang terus gerak ke rumah nenek aku. Situ jangan cakap lah sedara semua balik. Ramai. Sesak weyh satu rumah. Time kitorang sampai tu Zohor so bapak aku pegilah surau dulu then baru aku dengan adik aku menyusul. Lepas je solat, aku dengan adik aku dipelawa makan makanan dekat surau sebab diorang ada masak sup tulang. Dapat pulak sup tulang gearbox..ermmm mammamia, sambil tu ambil lah jugak daging satu bungkus walaupun datang berdua. Malulah, ceyhhh....
 

Semua jemaah surau serta penduduk taman dijamu dengan nasi dan sup tulang


Sedaappp!!

Moral of the day, kita hendaklah mengamalkan sikap prihatin dan bertimbang rasa terhadap orang lain. Apa yang aku nak sampaikan di sini ialah daging-daging tersebut haruslah disedekahkan kepada mereka yang memerlukan. Okay mungkin ada sesetengah orang surau or masjid yang dah simpankan bahagian untuk mereka (orang yang susah) tapi ada je orang susah yang tak dapat pergi kesana maybe ada alasan tertentu yang kita tak tahu. Okay don't judge. Ada satu video ni seorang lelaki bawak beberapa ekor lembu ni dekat sebuah tempat orang-orang susah and dia laksanakan ibadah kurban dekat sana terus. Senang, satu kawasan dapat merasa. Kadang-kadang kita yang kena memberi sebab apa tangan yang memberi ni lebih baik daripada tangan yang menerima. Lagi satu nak ambil daging lembu ni biarlah berpada-pada kalau boleh satu family dua bungkus itu pun kalau ada lebih.

That's what i got that i can share to you guys

Last pic i can see my atok over there

Life is not a competition, life is a journey....Salam

Comments